Friday, December 24, 2010

Gadis Semasa dan Gadis Sunti

Assalamualaikum.

hye anakanak dara,gadisgadis sunti sekalian tidak ketinggalan jejaka jambu dan bujang kesepian.Ye kamu!!okeys.semester break yang agak sibuk dengan urusan duliduli yang disayangi dalam hidup aku.mesti korang semua enakenak bercuti dengan keluarga,girlfie atau boyfie.nada jeles disitu.grrr.Namun aku masih redha dengan suratan ini.moga ada hikmah disebalik suratsurat-an ini.kenapa ayat aku makin celaru haru biru ni.ye mungkin disebabkan malam jumaat.hehe.

Baiklah,semester break mungkin akan dihabiskan dengan berada didesa nan permai menjaga atuk dan nenek yang kurang sihat.aku bahagia disini bila melihat kesihatan sygs aku agak stabil dan masih boleh tersenyum.bila dah ada dikampung,means thats aturan hidupku bertukar menjadi gadis berkain batik,memasak,mengemas dan seangkatan dengan hal ehwal dalam,luar,belakang dan depan rumah.

cuppies holiday tapi bukan sakura.kampung mali.

Kembali ketajuk sebenar,

Gadis semasa
jangan ingat ini lagu yuna.tiada kaitan dan terkait.gadis semasa bagi aku gadis zaman sekarang awal 20-an seperti aku.yang sibuk orang belajar kau nak belajar.sibuk orang bercinta kau pun tak nak kalah.sibuk orang bergaya tudung lilit,vogue kau pun nak ikut sama.bila semester break atau holiday kerja gasak minta duit makbapak hangout,lepaklepak.gosip juga.online semestinya.
ya!semua adalah diriku dari dulu.

Gadis sunti
gadis yang still belajar tapi tak segigih gadis semasa.bak kata orang tuatua,kalau belajar sampai kenegeri china pun kalau dah kata orang perempuan, duduk dekat ceruk dapur jugak.mungkin itu peganganya.tidak kan terjebak kelembah perchentaan.sebab semua makbapak dah arrange.tak sempat nak lepak,gosip dan hangout disebabkan 5M iaitu memasak,mengemas,membasuh,menyental dan menjaga ibubapa.kurang berdandan kerana tidak berkesempatan.sangat sibuk.
ya!semirip,serupa diriku sekarang.

Sekarang aku adalah gadis semasa pluss anak dara sunti.haha.kebanggaan disitu!!Dan tambahkan kedua-dua ciri diatas,ditolak didarab dan dibahagi.,ya itu adalah saya.pfft.

muka sangat kegadisan.kemanisan dan keikhlasan

seorang yang pentingkan ilmu.harus belajar sampai ke negeri china.chenta juga mau tapi masih belum ketemu.bergaya dan uptodate adalah perlu.5M sedang diperhalusi dan hangout,gosip sangatlah penting supaya hidup aku tak sunyi.gelap dan gelita.ye!siang hari sibuk dengan hal ehwal rumah tak bertangga malam hari sibuk beronline.aturan hidupku sekarang.

girls,kamu gadis sunti atau semasa??korang holiday in atau out??gediks nak tahu.hehe

4 comments:

  1. tak boleh blah muka sangat kegadisan.kemanisan dan keikhlasan.

    blurghh =_=
    nagis mak mentua aku bace entry kau. haha.

    pelik. sejak dh dok kat kampg ni. berubah drastik drumstik.
    bagus2. hahahaha.

    ReplyDelete
  2. haha.entry gedik doe.dan aku juga semakin drumstik.haha

    ReplyDelete
  3. hehe, nice entry mira :)
    okeh! lepas nih lagi semangat nak jadi gadis semasa yang sunti!! ;)

    ReplyDelete
  4. bagus!mari ramairamai jadik gadis semasa plusss sunti.haha

    ReplyDelete