Monday, December 27, 2010

Sang Harimau Malaya membaham Sang Garuda!

Assalamualaikum

Tepat jam 7.45 malam aku dah terpacak depan tv.semestinya TV1 saluran interaktif anda. TERIMA KASIH.TERIMA KASIH.TERIMA KASIH!!kerana setia dengan TV1.

hati aku yang melonjak dan berpusing 360 darjah tak sabar melihat aksi kejar mengejar,tendang menendang,baring terlentang dan tarik menarik antara sang harimau dan garuda.okeys.dengan jayanya aku dapat habiskan menonton bola dengan sendiri tanpa berteman.ada peningkatan aku mula mencintai sukan seni ini.

Tahniah!Harimau Malaya kerana berjaya membaham Sang Garuda.

harimau malaya.auwmm!![disini]

sumpah!kecut perut aku tengok geng Malaysia main.dan perut aku jadi senak bila penjaga gol Indonesia yang bikin panas.Marcus kot nama mamat ini.tapi lagi panas manusia mana yang tidak atau kurang bermoral bila main laser hijau itu.sangat menganggu.
haish!kamu sudah bikin gawat tau!apa pun ada hikmah selepas rehat 5minit terus Malaysia mencanak-canak menjaringkan gol.syukur.3-0.well done~

okeys.rabu ini 29hb harap sang Harimau Malaya dapat baham sang Garuda sehingga ke titisan darah terakhir.harapan dari rakyat Malaysia.MALAYSIA BOLEH!harap Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010.


No comments:

Post a Comment