Tuesday, December 13, 2011

Ombak Rindu la sangats.

Ombak rindu.
Tak sedap langsung.
Pelik panggung boleh penuh walau cerita dah naik assaam.
Lokanan macam tak menjadi je.

Hasil dari penelitian,pendengaran aku.
TQ

Regard,
myra

Saturday, December 10, 2011

Wedding Napie

Salam

Sekarang memang musim kahwin.Jangan pelik bila mak korang dekat rumah relaks je hujung minggu.Ini semua sebab dapat makan "nasi minyak salam kaut".untunglahh duit salam kaut lagi banyak dari modal wat kerjakawen plus kendurikendarat.Ini cerita budak office aku kahwin.hihi


Untunglahh kawan aku sorang ni dah kahwin.sama cantik sama padan.berdiri sama tinggi duduk sama rendah.untunglah dapat pergi Pekan,Pahang company support.Untunglahh kau dapat hadiah microwave plus pingganmangkuk.

Weyh.kau dah jadi Raja Sehari!


kunings

makan sampai lebam

k.bai

Saturday, November 26, 2011

Teman sekolej

Tiba-tiba jumpa gambar lama.
Sumpah,
rindu sangat dengan mereka mereka ini.

Walau tidak bertentang mata,
tidak makan maggi sama-sama,
bergosip,berkarok meronggeng dan berbual bicara.
Korang ada jauh dalam hati aku doe.

(dayah,dyana,tipah(halface),aku)

Wednesday, November 23, 2011

Baddrol Bakhtiar

Babe!
wa rasa dah terpikat kat dia.
sumpah muka beriman.
sejuk mata hati tengok.

dari halam rusuk kiri.satu susuk ganjil.
aceceh*senyum kambing.

Saturday, November 5, 2011

Salam Aidiladha


" Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha
kepada seluruh umat islam di dunia ini"-dari ayam daging.



Thursday, November 3, 2011

pereka Designer

Assalamualaikum.

Semua manusia dalam dunia ini mesti ada citacita kan.Dulu masa kecik mak aku suruh jadi pereka fesyen.ceh!kalau tak mesti sekarang aku dah duduk sama rendah berdiri sama tinggi bila pakai heels dengan Hatta dolmats.ohhmaii.tak pun mesti aku dah macam kacang dengan kulit sama itu Hana Tajimaz.Pelik an.tapi bila cikgu tanya citacita aku mesti aku jawab Teacher.hihi.dari darjah satu sampai darjah enam.memang standard je jawapan tuh.


Tapi aku tahu mak suruh jadi pereka fesyen tuh sebab beliau nak turunkan ilmu menjahitmengaitnya pada anak sulung perempuan ni. Tambahan pulak aku ni ada seni cakarmencakar kertas kan.Mak cakap boleh dapat banyak duit.haha.

Hasil tangan pereka dan penjahit besi.


Maybe mak aku dah rasa darah yang mengalir dalam badan aku ni memang darah seni agaknya.Darah yang panas membuakbuak kot.Bak kata orang duludulu Naluri Ibu memang kuat terhadap anaknya.lebih lagi anak yang solehah macam aku.haishh.

Mak anakmu dah jadi pereka!!syukur.



Ehem ehem.Tapi pereka bangunan.
boleh kan.
boleh bah kalau kau.

*dah 3bln confrem baru nak post.ceh.

Sunday, October 30, 2011

KEMATIAN

Ajal maut jodoh pertemuan semua ditangan Tuhan.
Allah dah rancang semua.

Hari ni anak jiran aku meninggal.kemalangan.
Okey umur sebaya aku.cuma jantina je berbeza. Dulu masa zaman kebudakan main basikal sama meyh.gaduh sama.berjimba siang malam sama.Cuma zaman kedewasan hubungan dah renggang. tapi still terasa la sebab aku kenal dye kot.

Biasa lah.bila kita ziarah.mesti orang dok tanya sebab penyebab kematian.mengikut ceritanya, arwah nak belanja member makan then jatuh motor taklama terus pergi selama-lamanya.tapi kadang dah ajal.dah memang tertulis macam tuh.bende smua tersirat.

Masa bersembang dengan makcik sebelah lorong ni ada je yang cakap.minggu lepas makcik tuh meninggal.bulan lepas pakcik ni dah pergi.sebelum raya anak makcik lorong belakang meninggal.Insaf dalam diri.aku terpikir,termenung pikir nasib diri dan keluarga.
Syukur semua berjalan lancar.aku sempat melihat arwah dan semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.amin.



ya Allah,
Aku mohon kepadaMu,
Andai suatu hari ajal aku dan keluarga ku tiba,
Kau permudahkan urusan kami semasa,ketika,sebelum dan sesudah meninggal dunia.
Aku memohon kepada mu Ya Allah,
KAu lah yang pemurah lagi maha mengasihani.
Amin.





Friday, October 28, 2011

ramuan-ramuan cinta abadi by chefwan

Ceh.kau ingat terfaktab je boleh merungkap segala definisi tentang cinta infiniti. Tengok sekarang ChefWan pun boleh bagi resepi cinta abadi meyh.kau ada.hihi.

Btw,aku rasa dalam filem Karipapkaripap cinta part ini je yang best.Intro jerk,jalan cerita biasabiasa saja..

So,ramuan untuk cinta abadi by Chef no.1 Malaysia ialah.jengjengjeng..

Ramuan: 3 ulas rasa suka ,1 botol hati gembira ,1 biji rendah diri(saiz besar) ,2 cawan tolak ansur ,5 keping kehormatan, secubit rasa rindu, 3 batang tanggungjawab dan Seguni kejujuran.


HOHOHO.selamat mencuba.*tak payah nak abadi sgts la.
bai.

gambar takde motif.

Thursday, October 13, 2011

Sakit

rasa nak berhenti kerja.
tapi macammacam kene pikir.





choi*

Sunday, October 9, 2011

Seru

Lumrah dunia
Bila berdepan dengan orang pangkat besar,lutut kau goyang
Bila berdepan dengan cendiakawan,otak kau lapang
Bila kena cakap dekat depan,mulut kau lompang elak kena lempang je.

Mungkin lumrah dunia aku,bukan kau.
Entah sejak bila.
bila berdepan dengan director,senior engineer
Otak aku dah kena block.sesak.lost.
Macam aku ni bengap sangat.
Soalan senang pun ambil masa sedetik nak pikir.
Orang kata nak makan kacang cap ibu jari pun tak sesusah itu.

ketika dulu-cakap pungpangpungpang


Mana diri aku yang dulu.
Hai,matikah kamu semangat.
Kau janganlah hilang semangat.
Aku seru kembali pada-ku.

Wednesday, October 5, 2011

Hidup berubah

assalamualaikum.'

perubahan hidup mengekang diri ini ber-blog.aish.
almost 5 bulan aku terpaksa mengasingkan diri dengan aktiviti pebret lagi mengasyikkan ini.
"zone selesa" dah ditinggalkan."zon menghabiskan duit mak bapak" dah diluputkan."zon berjimba gosip siang malam" dilenyapkan.

perubahan hidup yang agak ketara.PELAJAR-PEKERJA.

Tamat belajar.

100% difference.totally.
penyesuaian masa,keadaan,suasana sangatlah menguji tahap kesosial-an.
penyesuaian kerja,meeting bagai menguji tahap kepakar-an.

Ini lah hidup.putar dan putar.
manusia kalau tak sanggup harung baik kau terjun.
Untunglah kalau kau timbul,kalau terus tenggelam.
lenyap.



bye

Sunday, June 26, 2011

time to work.

' when people go work, they shouldn't to leave their hearts at home '

by Betty Bender

Wednesday, May 11, 2011

Segala yang baik datangnya dari TUHAN,yang buruk datang dari kelemahan diri saya sendiri

Terkilan rasa hati.
Tuhan punya rencana terbaik buat aku.
tapi sebab perangai yang buruk ini semua jadi huru hara.

Tabiat suka letak handphone merata-rata bawa padah.
Damn!semua salah diri sendiri.
Rezeki datang sekali.
Orang telefon tak berangkat.
Lastly,putih mata.

UEM Land.One of company yang menjadi pojaan hatiku.
Terlepas nak jadi trainee dekat company besar under Nusajaya.
kalau pass interview la.

Redha.
mungkin bukan rezeki aku dekat big company.
Tapi terus usaha dan usaha.

Tuhan.
Tunjuklah jalan pintu rezekiku.
amin.

Saturday, May 7, 2011

TUHAN punya rencana

TUHAN punya rencana segalanya.
Hari ini aku dihina,diperkotak katik,dipandang serong.
Esok,lusa,tiga tahun lagi kita jumpa.

*fine.kau pangkat besar.ada harta.
pilih bulu mana kau suka.mana bulu tak lebat lalu sebelah pun tak perasan.
ceh!

Hidup macam roda.
Ini semua duniawi.
Bila kau letak duniawi dalam hati.
Sumpah makan diri.

TUHAN.
Kau punya rencana segala.
Tunjukkan aku jalan-MU.
Sabar separuh dari iman.
KAU tetapkan hatiku pada-MU.


amin

Wednesday, March 23, 2011

HAPPY WEDNESDAY

Assalamualaikum.

Riang ria hari Rabu.suka sangat bila hari ini bos ajak pergi site.

"Ya ALLAH,Terima kasih memakbulkan doa hambamu"

Lepas sudah rindu pada bau tanah,terik matahari, dan measure tape.pfft!


senyum tak perlu kata apaapa.

semoga esok lebih baik dari hari ini.

Tuesday, March 22, 2011

HAPPY TUESDAY

Hari selasa yang amat menyenangkan.seronok sangat-sangat bila orang sibuk keje aku terbongkang kat rumah.
Akhirnya,dapat MC.bukan doktor yang bagi tapi aku yang luluskan sendiri.alasanya demam.haish!
Demam sikit je tapi Malas yang banyak.pfft!

Entah mengapa.sejak dua menjak ni malas gile nak pegi practical.Nak kata aku segan.tidak mungkin dah masuk 3bulan aku LI.semua staff aku dah tegur,gurau senda bagai.tapi memang tahap boring gilegile.
Mungkin sebab dah lama aku tak turun site.Dah lama tak bau tanah,tak menghadap matahari terik.tak mengukur jalan dan paling syok dah lama tak opentable ngan contractor.hehe.

Bulan pertama:unit saliran

Aduan rakyat

kasi roboh itu kedai!


construct longkang

Bulan kedua:unit jalan dan lalulintas

sesi serah tapak.re-surface jalan

survey


dan sekarang
Unit:Kemudahan awam

buat claim dan fail kembali

Harap hidup menjadi kembali normal.Hai semangat datang la kau!!aku seru.
Encik bosan,Encik malas sila pergi jauh-jauh dari saya.


Sunday, March 13, 2011

Bila ia mampu mengoyakkan lautan dan menenggelamkan daratan

Assalamualaikum.

Subhanallah.kuasa Allah.terkejut rasanya bila TSUNAMI berlaku lagi.syukur aku masih boleh bernafas dengan suasana yang aman dan sentosa nya.Satu persatu bencana alam meletus.

Masih terbayang rasanya TSUNAMI dahsyat di Acheh yang mampu mengoyak lautan dan menengelamkan daratan.Yang menelan beribu nyawa dan merosakkan harta benda.Tidak kira dimana magnitudenya,dimana lokasinya bila bah ini datang maka hancurlah.Bila lautan yang luas bagaikan pecah melimpah ruah ke daratan.Mungkin ini tanda-tanda kiamat sudah dekat.


TSUNAMI diJepun.[terjah]

TSUNAMI mungkin ada yang tersirat dan tersurat.mungkin Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad Insaf atau Tuhan Saja Uji Namun Ada Manusia Ingkar.

diam.
Taubat selagi ada waktu.

Friday, March 4, 2011

Gadis jomblo kesian kau.

Assalamualaikum

Bila lepak dengan member mulalah start gosip.okeys.biasa la tabiat.Bila tidak ada kekepohan terasa kosong dan sunyi pulak hidup ini.Dan aku dijadikan bahan.

Si S:myra kau tak sunyi ke single ni??kesian kau.*sentap

aku:takde la.biasa je.kadangkadang la.tapi jgn la pikir bosan je.nanti buat pening kepala.

okey.jawapan agak lemau.

5 minit kemudian..

Si S:myra kesian kau doe.nanti aku carikan bf okeys.

aku:beb.aku okey je la.takde hal la.ada membe-membe,family,scandal dah boleh buat aku gembira.jgn la sycho diri kau dengan kebosanan.*senyum

haha.ayat aku memang ye ye.Tapi memang tidak dinafikan kadang-kadang terasa sunyi bila single.
gadis jomblo itu girl yg single


diam
senyum

Sejujurnya.mungkin aku tidak bersedia dengan komitmen bila bercouple.Lebih-lebih lagi dengan life aku sekarang yang tidak tentu arah.

Balik kerja tido.Jam belum pukul 9pm aku dah membuta.No time untuk bersengkang mata taip mesej malam-malam buta.

Aku pulak jenis bila dekat rumah jangan harap main mesej.HP bawah bantal je.sesiapa call pun aku tak perasan.

Jenis tak suka dikongkong.nak bagitahu dekat mana bagai.Lagi-lagi bila pergi site dengan abg-abg technican.Mesti ada adegan cemburu membabi buta punye.

Dan aku jenis yang bukan pilih bf yang asal ada.biar la aku single dari setiap hari hati aku sakit,menanah.tak sanggup.Dah la hati tisu.lembut.cepat terkoyak.

DEMAND ke aku??tidak.aku hanya tidak mahu dilukai dan dipermainkan saja.
*senyum

Percayalah suatu hari nanti aku akan bertemu dengan lelaki itu.hanya follow the flow.

Dan sekarang aku gadis jomblo.

Hidup itu indah bila dihargai

Assalamualaikum.

Semalam sangat indah bila terasa diri dihargai.Perasaan melonjak-lonjak bila hari keramat dirai. Oh!senangnya dalam hati.Tiba-tiba ada "surprise party".

Terima kasih teman-teman sekalian.Bahagia bila dikelilingi dengan lautan manusia yang penuh kasih dan sayang.

teman

kasih dan sayang

gurau senda

gosip dan kekepohan

gembira

makan

Terima Kasih Tuhan.

Wednesday, March 2, 2011

kosongtigakosongtiga


selamat hari tua kepada tuan belog.ucapan untuk diri sendiri.
menjadi terbaik dikalangan yang baikbaik.
menjadi terkaya dari yang kayakaya.
menjadi tersolehah dikalangan yg soleh dan solehah.

"Semoga Allah sentiasa melindungi diriku dari bala bencana,hasad dengki manusia,jin dan syaitan.Semoga sentiasa dirahmati,diberkati,disayangi,dimurahkan rezeki dan menjadi manusia yang bahagia dan berjaya didunia dan akhirat".
amin.

Monday, February 21, 2011

PERHATIAN KEPADA BLOGGER.

Assalamualaikum

salam satu Malaysia.girlfie and boyfie.
entry paling cepat,pantas dan lincahnya.
dengan ini saya mengumumkan "mukablog" sudah wujud.

terjah[blog]

TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA.
MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA
sumber dari:the faceblog

tema memang pinky habis.so kepada boyfie.
ANDA NAMPAK HOT disana.
jom join.

nota kedai kopi:facebook.faceblog.coolblog.batublog.

Sunday, February 20, 2011

"AREPNAKBEBEL first giveaway"

Assalamualaikum.

okeys girlfie and boyfie sekalian.
jom join first giveaway dari tetuan arep.
mungkin hadiahnya menarik disebabkan beliau ingin berfoyafoyaa.
opss.berjalanjalan ke Perak.
Ateee.komee moh la join.

terjah[belog]

terjah belog beliau dan lihatlah term and condisinya.
tarikh tutup 3 march 2011.

tag:


tarikh sangat keramat.
Encik belog yang mungkin kuat membebel
saya nak hadiah itu bolehkan.
pleesee =_=


nota kedai kopi:pssst..encik arep sila la bagi itu hadiah pada saya.
pssst!lagi..birthday saya la 03march.tehee
(saja nak bagi tahu.hemhem.pahampaham la ye) ateeee!


Sunday, February 13, 2011

Ally Iskandar bertunang.betul ke??

sumpah rasa nak menjerit,teriak malammalam buta ini.nak bagi tahu mak yang Ally Iskandar dah bertunang.mesti mak aku terkejut dan dengan gelojohnya nak tengok gambar Ally and bakal wife.

tahniah Ally!.harap ini bukan sekadar gosip liar yang menular.haish.Ally Iskandar bersama naib juara gadis melayu musim pertama Nur Aisy'ah Zainal merangkap tunangannya.

tengok merah makngah kau.

sumber dari rotikaya.com

Tuesday, February 8, 2011

cuti itu indah

Assalamualaikum.

sangat lama tak mencoretkan ceritacerita panas sejak dua menjak ini.belog yang malap ini menjadi semakin gelap gelita.haish.

sangat seronok cuti raya cina. *okey fine cerita dah basi tapi nak citer gak. start holiday mula siap-siap balik kampung,redah je hujan walaupun tau banjir akan melanda.semangat berkobarkobar.mersing im back.acehceh.

kebetulan cuti kali ini ada kenduri doa kesyukuran untuk atuk tersayang.semoga atok sentiasa sihat dan panjang umurnya.okeys sangat seronok tapi ada je manusia yang malas buat keje.rasa nak sula itu orang.menyampass.

abah merangkap leader rewang.
ngembus dulu.mak assistant dapur.

ready to baca the doa.tanda kesyukuran.
see mak and nenek.



ready to eat!!

tadaaa menu kampungstyle:
sambal belacan,ikan masin,
ulamraja, ulam daun gajus,ulam timun,
jering,sayur labu lemak dan ayam masak
kicap dan air bandung.

ye atok saya.umur 75tahun.berselera
makan mak saya masak.ngee(^-^)

keluarga besar.ini suku dari mereka.

settle kenduri.

sekarang kita enjoy!!

lepaskan gian menyumbangkan suara.
karok sampai lebam.

mamai.me.adik

ok fine.suara kau beso adik.


settle 13 lagu.
bercerekarama ditepian pantai.
lokasi:pantai sekakap.hoorayy.

sepupu tersayang.

depan

belakang

.
lompat.okeys badan berat.saya faham.fail*

duduk.


habis cuti untuk CNY.balik jb dapat limau,coklat dan angpau.suka sangats.nyonya sebelah rumah bagi.ahad balik kolej ada interview MQA.adoyaii.

Thursday, January 27, 2011

tips kawal emosi gila ketika berpraktikal

Assalamualaikum.

emosi yang tidak stabil duatiga menjak ini.perasaan bercampur batu baur kasar dan halus.bangun pagi nak marah.kat office kejap gembira kejap meradang.balik rumah muka masam.haishhh!buat semua bende tak kena.orang yang tengok muka aku pun rasa nak sepak lajulaju.

mungkin disebabkan tension di tempat keje,atau keje yang melambak, atau tension tak de keje.budak praktikal akan melalui saatsaat genting,keliru dan gundah gulana seperti ini.

so,untuk mencegah emosi menjadi semakin mencanak gilagila.solutionnye.

=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
tadaa

bergossip dengan dayah

terserlah kekepohan disitu.tapi kadang-kadang tanpa disedari ini adalah terapi menyenangkan hati.topik tak serius dan cerita,gosip gelak.gelak dan gelak.


chocolate

walaupun hajat tidak kesampaian untuk melantak chocolate.hanya mampu search dan telan air liur tengok gambar.sangat berkesan bagi gadis macam aku yang gemuk.opss chubby okeys.grrrr


sangat gojes.aku hanya berangan dan berangan.ushausha kasut yang cantik dan awesome.means that berangan adalah salah satu bende yang boleh kawal emosi.^_^


music

salah satu cara menyejukkan hati.menenteramkan jiwa.sambil tutup mata layan lagu.pfft

okeys.habis tips gila yang boleh kawal emosi gila.grrrr
ini adalah tips sampingan je.

yang sebenarbenarnya adalah SOLAT.lakukan dengan iklas,berdoa ditenteramkan hati.
jadi renungrenungkan dan selamat beramal.