Sunday, October 30, 2011

KEMATIAN

Ajal maut jodoh pertemuan semua ditangan Tuhan.
Allah dah rancang semua.

Hari ni anak jiran aku meninggal.kemalangan.
Okey umur sebaya aku.cuma jantina je berbeza. Dulu masa zaman kebudakan main basikal sama meyh.gaduh sama.berjimba siang malam sama.Cuma zaman kedewasan hubungan dah renggang. tapi still terasa la sebab aku kenal dye kot.

Biasa lah.bila kita ziarah.mesti orang dok tanya sebab penyebab kematian.mengikut ceritanya, arwah nak belanja member makan then jatuh motor taklama terus pergi selama-lamanya.tapi kadang dah ajal.dah memang tertulis macam tuh.bende smua tersirat.

Masa bersembang dengan makcik sebelah lorong ni ada je yang cakap.minggu lepas makcik tuh meninggal.bulan lepas pakcik ni dah pergi.sebelum raya anak makcik lorong belakang meninggal.Insaf dalam diri.aku terpikir,termenung pikir nasib diri dan keluarga.
Syukur semua berjalan lancar.aku sempat melihat arwah dan semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.amin.



ya Allah,
Aku mohon kepadaMu,
Andai suatu hari ajal aku dan keluarga ku tiba,
Kau permudahkan urusan kami semasa,ketika,sebelum dan sesudah meninggal dunia.
Aku memohon kepada mu Ya Allah,
KAu lah yang pemurah lagi maha mengasihani.
Amin.





1 comment: