Saturday, January 14, 2012

Lubuk Rezeki

"Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah."amin

Syukur kepada-NYA yang masih mengurniakan rezeki.
Biar bersusah dahulu Bersenang kemudian.

Jika kau penah merasa susah,perit,sedih,dipandang sepi.
Kau pasti menghargai setiap detik hidup ini.
Jika kau pernah merasai makan berlauk sambal jawa setiap hari,
Kau pasti sangat menghargai setiap saat hidup ini.

Aku hargai hidupku sekarang,
Walau tak seindah hidup kau.

Tempat kerja

Meja kerja*abaikan screen tersebut

calendar kerja

rakan sekerja.

dan
saya

pekerja yang pemalu.

haha

Monday, January 2, 2012

kertas putih corak baru.

Kertas putih corak baru.
"Selamat Tahun Baru 2012".
Mungkin bagi kau aku dah terlambat.
Tak bagi aku.

Hidup macam mimpi.
Kekadang kau mimpi buruk,kau seru roh supaya bertemu jasad sepantas kilat.cepat-cepat bangkit.Kekadang kau mimpi indah,roh dah bersatu dengan jasad pun kau sanggup tido balik supaya mimpi dapat sambung semula.
haha.itu aku.mungkin tak bagi kau.

Tahun 2011,
hidup macam mimpi.
Mimpi yang bahagia.mimpi tanpa sedar.

Mula dengan Latihan Industri di Sektor Kerajaan sebagai pelatih.Berakhir dengan pekerja di Sektor Swasta sebagai "pegawai".semanis kurma.
Bulan Februari 2011,
Pembedahan agak besar harus dilalui.Alhamdulilallah.
Abah selamat menjalaninya.Syukur.Hempedu ditelan rasa gula.manis
Bila Julai datang,
Adik kesayangan terpaksa pergi jauh.Ke Kelantan sudah dia.rindu.Orang kata belajalah sampai ke Negeri Cina dik.manis tapi kelat.pekat.telan juga.
September,Konvokesyen & anugerah Emas.suka macam dapat gula-gula batang.haha

Alhamdullillah.habis 2011.
Ada manis,dan sangat manis sehingga lupa yang pahitnya.
Harap Tahun 2012
menjadi semakin-makin manis.dan manis.amin.

*Hidup aku dengan kau tak sama lagikan serupa.tapi aku sangat bahagia denganya.
Senyum.