Sunday, October 30, 2011

KEMATIAN

Ajal maut jodoh pertemuan semua ditangan Tuhan.
Allah dah rancang semua.

Hari ni anak jiran aku meninggal.kemalangan.
Okey umur sebaya aku.cuma jantina je berbeza. Dulu masa zaman kebudakan main basikal sama meyh.gaduh sama.berjimba siang malam sama.Cuma zaman kedewasan hubungan dah renggang. tapi still terasa la sebab aku kenal dye kot.

Biasa lah.bila kita ziarah.mesti orang dok tanya sebab penyebab kematian.mengikut ceritanya, arwah nak belanja member makan then jatuh motor taklama terus pergi selama-lamanya.tapi kadang dah ajal.dah memang tertulis macam tuh.bende smua tersirat.

Masa bersembang dengan makcik sebelah lorong ni ada je yang cakap.minggu lepas makcik tuh meninggal.bulan lepas pakcik ni dah pergi.sebelum raya anak makcik lorong belakang meninggal.Insaf dalam diri.aku terpikir,termenung pikir nasib diri dan keluarga.
Syukur semua berjalan lancar.aku sempat melihat arwah dan semoga Arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.amin.



ya Allah,
Aku mohon kepadaMu,
Andai suatu hari ajal aku dan keluarga ku tiba,
Kau permudahkan urusan kami semasa,ketika,sebelum dan sesudah meninggal dunia.
Aku memohon kepada mu Ya Allah,
KAu lah yang pemurah lagi maha mengasihani.
Amin.





Friday, October 28, 2011

ramuan-ramuan cinta abadi by chefwan

Ceh.kau ingat terfaktab je boleh merungkap segala definisi tentang cinta infiniti. Tengok sekarang ChefWan pun boleh bagi resepi cinta abadi meyh.kau ada.hihi.

Btw,aku rasa dalam filem Karipapkaripap cinta part ini je yang best.Intro jerk,jalan cerita biasabiasa saja..

So,ramuan untuk cinta abadi by Chef no.1 Malaysia ialah.jengjengjeng..

Ramuan: 3 ulas rasa suka ,1 botol hati gembira ,1 biji rendah diri(saiz besar) ,2 cawan tolak ansur ,5 keping kehormatan, secubit rasa rindu, 3 batang tanggungjawab dan Seguni kejujuran.


HOHOHO.selamat mencuba.*tak payah nak abadi sgts la.
bai.

gambar takde motif.

Thursday, October 13, 2011

Sakit

rasa nak berhenti kerja.
tapi macammacam kene pikir.





choi*

Sunday, October 9, 2011

Seru

Lumrah dunia
Bila berdepan dengan orang pangkat besar,lutut kau goyang
Bila berdepan dengan cendiakawan,otak kau lapang
Bila kena cakap dekat depan,mulut kau lompang elak kena lempang je.

Mungkin lumrah dunia aku,bukan kau.
Entah sejak bila.
bila berdepan dengan director,senior engineer
Otak aku dah kena block.sesak.lost.
Macam aku ni bengap sangat.
Soalan senang pun ambil masa sedetik nak pikir.
Orang kata nak makan kacang cap ibu jari pun tak sesusah itu.

ketika dulu-cakap pungpangpungpang


Mana diri aku yang dulu.
Hai,matikah kamu semangat.
Kau janganlah hilang semangat.
Aku seru kembali pada-ku.

Wednesday, October 5, 2011

Hidup berubah

assalamualaikum.'

perubahan hidup mengekang diri ini ber-blog.aish.
almost 5 bulan aku terpaksa mengasingkan diri dengan aktiviti pebret lagi mengasyikkan ini.
"zone selesa" dah ditinggalkan."zon menghabiskan duit mak bapak" dah diluputkan."zon berjimba gosip siang malam" dilenyapkan.

perubahan hidup yang agak ketara.PELAJAR-PEKERJA.

Tamat belajar.

100% difference.totally.
penyesuaian masa,keadaan,suasana sangatlah menguji tahap kesosial-an.
penyesuaian kerja,meeting bagai menguji tahap kepakar-an.

Ini lah hidup.putar dan putar.
manusia kalau tak sanggup harung baik kau terjun.
Untunglah kalau kau timbul,kalau terus tenggelam.
lenyap.



bye