Wednesday, March 23, 2011

HAPPY WEDNESDAY

Assalamualaikum.

Riang ria hari Rabu.suka sangat bila hari ini bos ajak pergi site.

"Ya ALLAH,Terima kasih memakbulkan doa hambamu"

Lepas sudah rindu pada bau tanah,terik matahari, dan measure tape.pfft!


senyum tak perlu kata apaapa.

semoga esok lebih baik dari hari ini.

Tuesday, March 22, 2011

HAPPY TUESDAY

Hari selasa yang amat menyenangkan.seronok sangat-sangat bila orang sibuk keje aku terbongkang kat rumah.
Akhirnya,dapat MC.bukan doktor yang bagi tapi aku yang luluskan sendiri.alasanya demam.haish!
Demam sikit je tapi Malas yang banyak.pfft!

Entah mengapa.sejak dua menjak ni malas gile nak pegi practical.Nak kata aku segan.tidak mungkin dah masuk 3bulan aku LI.semua staff aku dah tegur,gurau senda bagai.tapi memang tahap boring gilegile.
Mungkin sebab dah lama aku tak turun site.Dah lama tak bau tanah,tak menghadap matahari terik.tak mengukur jalan dan paling syok dah lama tak opentable ngan contractor.hehe.

Bulan pertama:unit saliran

Aduan rakyat

kasi roboh itu kedai!


construct longkang

Bulan kedua:unit jalan dan lalulintas

sesi serah tapak.re-surface jalan

survey


dan sekarang
Unit:Kemudahan awam

buat claim dan fail kembali

Harap hidup menjadi kembali normal.Hai semangat datang la kau!!aku seru.
Encik bosan,Encik malas sila pergi jauh-jauh dari saya.


Sunday, March 13, 2011

Bila ia mampu mengoyakkan lautan dan menenggelamkan daratan

Assalamualaikum.

Subhanallah.kuasa Allah.terkejut rasanya bila TSUNAMI berlaku lagi.syukur aku masih boleh bernafas dengan suasana yang aman dan sentosa nya.Satu persatu bencana alam meletus.

Masih terbayang rasanya TSUNAMI dahsyat di Acheh yang mampu mengoyak lautan dan menengelamkan daratan.Yang menelan beribu nyawa dan merosakkan harta benda.Tidak kira dimana magnitudenya,dimana lokasinya bila bah ini datang maka hancurlah.Bila lautan yang luas bagaikan pecah melimpah ruah ke daratan.Mungkin ini tanda-tanda kiamat sudah dekat.


TSUNAMI diJepun.[terjah]

TSUNAMI mungkin ada yang tersirat dan tersurat.mungkin Tuhan Suruh Umat Nabi Muhammad Insaf atau Tuhan Saja Uji Namun Ada Manusia Ingkar.

diam.
Taubat selagi ada waktu.

Friday, March 4, 2011

Gadis jomblo kesian kau.

Assalamualaikum

Bila lepak dengan member mulalah start gosip.okeys.biasa la tabiat.Bila tidak ada kekepohan terasa kosong dan sunyi pulak hidup ini.Dan aku dijadikan bahan.

Si S:myra kau tak sunyi ke single ni??kesian kau.*sentap

aku:takde la.biasa je.kadangkadang la.tapi jgn la pikir bosan je.nanti buat pening kepala.

okey.jawapan agak lemau.

5 minit kemudian..

Si S:myra kesian kau doe.nanti aku carikan bf okeys.

aku:beb.aku okey je la.takde hal la.ada membe-membe,family,scandal dah boleh buat aku gembira.jgn la sycho diri kau dengan kebosanan.*senyum

haha.ayat aku memang ye ye.Tapi memang tidak dinafikan kadang-kadang terasa sunyi bila single.
gadis jomblo itu girl yg single


diam
senyum

Sejujurnya.mungkin aku tidak bersedia dengan komitmen bila bercouple.Lebih-lebih lagi dengan life aku sekarang yang tidak tentu arah.

Balik kerja tido.Jam belum pukul 9pm aku dah membuta.No time untuk bersengkang mata taip mesej malam-malam buta.

Aku pulak jenis bila dekat rumah jangan harap main mesej.HP bawah bantal je.sesiapa call pun aku tak perasan.

Jenis tak suka dikongkong.nak bagitahu dekat mana bagai.Lagi-lagi bila pergi site dengan abg-abg technican.Mesti ada adegan cemburu membabi buta punye.

Dan aku jenis yang bukan pilih bf yang asal ada.biar la aku single dari setiap hari hati aku sakit,menanah.tak sanggup.Dah la hati tisu.lembut.cepat terkoyak.

DEMAND ke aku??tidak.aku hanya tidak mahu dilukai dan dipermainkan saja.
*senyum

Percayalah suatu hari nanti aku akan bertemu dengan lelaki itu.hanya follow the flow.

Dan sekarang aku gadis jomblo.

Hidup itu indah bila dihargai

Assalamualaikum.

Semalam sangat indah bila terasa diri dihargai.Perasaan melonjak-lonjak bila hari keramat dirai. Oh!senangnya dalam hati.Tiba-tiba ada "surprise party".

Terima kasih teman-teman sekalian.Bahagia bila dikelilingi dengan lautan manusia yang penuh kasih dan sayang.

teman

kasih dan sayang

gurau senda

gosip dan kekepohan

gembira

makan

Terima Kasih Tuhan.

Wednesday, March 2, 2011

kosongtigakosongtiga


selamat hari tua kepada tuan belog.ucapan untuk diri sendiri.
menjadi terbaik dikalangan yang baikbaik.
menjadi terkaya dari yang kayakaya.
menjadi tersolehah dikalangan yg soleh dan solehah.

"Semoga Allah sentiasa melindungi diriku dari bala bencana,hasad dengki manusia,jin dan syaitan.Semoga sentiasa dirahmati,diberkati,disayangi,dimurahkan rezeki dan menjadi manusia yang bahagia dan berjaya didunia dan akhirat".
amin.